Tiga Ekor Kucing
Selamat pagi, tajuk
cerita saya pada hari ini ialah “Tiga Ekor Kucing”. Ibu kucing dan tiga ekor
anaknya tinggal di dalam lading. Anak-anak kucing suka membaca, menulis dan
bermain. Tuan mereka, Tina sayang akan
kucing-kucing itu.
Pada suatu hari, seekor
anak kucing berkata, “Mak, kami ingin keluar untuk bermain!”
“Kamu boleh pergi
tetapi pulang cepat” kata ibu kucing.
Anak-anak kucing berasa
gembira. “Selamat tinggal, mak,” kata anak-anak kucing.
Tidak lama kemudian,
anak-anak kucing berasa dahaga. Salah seekor anak kucing berkata, “Lihat! Itu
sungai! Ayuh ke sana!”
Sebatang kayu terapung
di dalam sungai. Dua ekor anak kucing itu melompat ke atas batang kayu itu
untuk minum air. Perlahan-lahan, batang kayu itu dibawa air.
“Oh, saya mesti minta
tolong!” kata anak kucing di tepi tebing. Ibu kucing meminta tolong kepada Tina
sambil menangis.
Tina dan kucing-kucing
pergi ke sungai. “Tolong!” jerit kedua-dua ekor anak kucing.
Tina berlari ke tempat
kerja ayah. “Ayah, cepat ke sini,” katanya. Ayah Tina mengayuh sampan dan
menyelamatkan dua ekor anak kucing itu. Ibu kucing dan Tina berasa lega kerana
anak-anak kucing diselamatkan.
Pemburu Yang Malang
Selamat pagi, tajuk
cerita saya pada hari ini ialah “Pemburu Yang Malang”. Pada zaman dahulu, ada
sebuah hutan rimba. Binatang-binatang dalam hutan hidup dengan gembira di sana.
Pada suatu hari, dua orang pemburu datang ke hutan itu. Pemburu-pemburu ingin
menangkap binatang. Pemburu-pemburu membuat kurungan dan memasang perangkap.
Pada malam itu, binatang-binatang berkumpul di
dalam hutan. “Kedua-dua pemburu itu hendak menangkap kita,” kata Sang Monyet.
Binatang-binatang berasa takut kepada pemburu-pemburu itu.“Kita mesti lari dari
sini,’ kata Sang Monyet. “Nanti! Kita boleh menghalau pemburu-pemburu,” kata
Sang Gajah.
Apabila larut malam,
gajah-gajah pergi ke tapak pemburu-pemburu itu. Gajah-gajah itu bersembunyi di
belakang pokok-pokok. Apabila pemburu-pemburu tertidur, gajah-gajah itu
memusnahkan kurungan dan perangkap.
Pada keesokan malam, Si
Monyet balik ke tapak pemburu dan selamatkan binatang-binatang. “Cepat! Lari!”
kata Si Monyet.
Tiba-tiba,
monyet-monyet itu mendapat akal. Mereka mencuri senapang. Pada waktu pagi,
mereka berasa marah kepada monyet-monyet. Tiba-tiba, semua binatang tiba di
hutan. Pemburu berasa takut dan melarikan diri dari hutan.
Rakan Sejati
Selamat pagi, tajuk
cerita saya pada hari ini ialah “Rakan Sejati”. Pada zaman dahulu, terdapat
kura-kura, kancil dan arnab yang berkawan baik. Mereka tinggal dekat dengan sungai.
Sang buaya pula tinggal di dalam sungai. “Cerah hari ini. Mari kita
bergembira,” kata Sang Arnab. “Mari kita bermain di tepi sungai,” kata Sang Kura-kura.
Buaya berasa marah kerana diganggu.
“Pergi dari sini! Jerit
Sang Buaya. “Kalau tidak, aku akan makan kamu.”
“Lari!” jerit Sang
Arnab. Sang kura-kura terjatuh ke dalam lumpur. “Tolong, tolong aku!” jerit
Sang kura-kura “Aku tidak boleh merangkak naik!”
“Ha, ha, ha!” buaya
ketawa. “Aku akan tangkap kamu sekarang .” “Kita mesti tolong kura kura. Cepat
!” kata kecil kepada Sang Arnab. “Peggang kaki aku!” jerit Sang kancil kepada
Sang kura-kura.” Jangan lepas kaki aku.” Kura-kura memegang kaki kancil dan
keluar dari lumpur. Arnab menolak kura-kura naik ke tebing.
Sang buaya berasa
marah. Kura-kura mengucapkan terima kasih kepada arnab dan kancil. Mereka
melarikan diri dari sungai. Hari telah senja. “Aku lapar,” kata arnab kepada
kancil. Mereka ternampak pokok buah-buahan di seberang sungai. “Kita tidak
boleh berenang,”kata Sang Arnab dan Sang Kancil. “Tunggu di sini. Aku pergi dan
ambil buah-buahan untuk kamu,” kata Sang kura-kura. Sang Kura-kura menyeberangi
sungai. Sang Kura-kura kembali dengan
membawa buah-buahan itu. Arnab dan kancil berasa gembira. “Terima kasih,” kata
Sang Arnab dan Sang Kancil. “Mari makan bersama,” kata Sang Kura-kura.
“Kita hidup bersama.
Kita mesti tolong menolong antara satu sama lain,” kata kura-kura. “Rakan yang
sanggup tolong menolong ialah rakan sejati,” kata arnab dan kancil.
No comments:
Post a Comment